Pages

Sunday 15 September 2013

~ CiNtA aGuNg KePaDa ALLAH SWT ~

Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya…Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba…Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam... 

Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan…Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya… Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya…Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam…

Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu… Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan… Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia… Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.Kerana diammu adalah… Kekuatannya! Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah… Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT untukmu...

Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan ALLAH SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata… Bukankah ALLAH SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar?? Sesungguhnya ALLAH SWT itu malu... Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNYA, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian… Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga ALLAH SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat…

Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung… Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung… Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya… Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!Janganlah sibuk hendak berpasangan.. # Jika ALLAH SWT tidak izinkan, dia tidak akan jadi pasangan hidup kita… Jodoh tidak ke mana pun… Yang penting selalu, berdoa kepada ALLAH SWT...

Friday 8 March 2013

9 Siti Yang Patut Kita Contohi ^_^




 Assalamualaikum w.b.t
Kaum-kaum hawa sekalian, apa kata luangkan sedikit masa untuk membaca di bawah nie. Hihihihi. 9 Siti yang patut kita contohi. Bukan Siti Nurhaliza, Bukan Siti Nurdiana..bukan siti2 mengarut tue..dan bukan jugak Siti Sifir.. Haa siapakah 9 Siti tersebut..jom kita baca di bawah ini.. Alhamdulillah..

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya saja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
P/S : SUBHANAALLAH.. Semoga kita dapat mencontoh dan boleh menjadi seperti mereka.. Amin









Tuesday 19 February 2013

Boleh Pakai Purdah, Sekiranya..... :)




Ustazah: "Nak tanya apa lagi, ustazah penat da ni."

Student: "Saya nak pakai purdah, boleh?"

Ustazah: "Tak payah. Kalau awak tak boleh kawal diri sendiri dari:

1. Menggedik.

2. Gambarholic. (gile amik gambar)

3. Berniat untuk menarik perhatian orang.

4. Pakai geo-lense berwarna-warni aneka corak.

5. Berniat just nak cover muka awak tak cantik. So, bila pakai nampak mata cantik naiklah saham sikit.

6. Couple. Yg ni mmg takleh blah. Canang cinta rindu sana sini, set relationship bagai. Gaduh sebab lelaki. Adoiyai."

Student: "Haish!"

Ustazah: "Tak payah protes. Tak payah. Sebelum awak pakai purdah, belajar dulu hal ehwal aurat yg asas dengan baik. Purdah ni advanced dah. Tak payah poyokan diri dengan assume 'Berubah lebih baik itu adalah dengan pakai purdah'. Wronglah. Mulakan dengan belajar ilmu pengetahuan dulu. Betulkan sikap diri sendiri. Betulkan akhlak tu dulu. Kalau akhlak cantik, aurat yang basic ni lulus, barulah boleh nak proceed lebih lanjut ke peringkat seterusnya.

Berubah ni step by step. Bukan terkejut macam kena karen."

Student: "Haish"

Ustazah: "Berubah sikit2. Konsisten tu penting. Bukannya berubah kejap hangat2 taik ayam je. Orang yang tak istiqamah kita boleh nampak dia tunjuk perangai tak elok dia wlpn dia pakai purdah pun. Ok dahlah. Ustazah nak balik masak."

Student terus tak puas hati dengan jawapan ustazah ittew sampai ke hari ini. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia angkat banner protes kata2 ustazah tersebut. Banner tersebut ditulis, "Aku nak pakai gak, so what?!"

Degil.

- Syabab Musafir Kasih

Monday 18 February 2013

~Tautan Hati~


Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukannya diciptakan dari kepala untuk disanjung dan dipuja ,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya... Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian perhatian sang kumbang untuk mendekatimu... Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada si kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya... Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian... Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan... Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya...

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tanggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri....Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.... Sesungguhnya Utusan ALLAH SWT ada mengatakan tentang bahaya dirimu... "Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"Adakah kau mahu manjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tibak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan... Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah...Yang tertutup itu indah!!! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH SWT buatmu...

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH SWT, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan.. .Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam... 
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik"... 

#Dipetik dari novel "Tautan Hati" karangan ustazah Fatimah Syarha binti Mohd. Nordin...

                                                                                                                                     

♥ mAaFkAn SaYa ♥

Maafkan saya, Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi... Maafkan saya, Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi... Maafkan saya, Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi... Maafkan saya, Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya...

Maafkan saya, Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting di facebook & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya...Maafkan saya, kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini... Maafkan saya, kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini... Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redhaNYA...

Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak... Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ada lelaki yang baik... Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu... Perasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang x ternilai bagi diri saya...Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat...

Andai awak memang menyayangi diri ini.., jumpalah kedua ibu bapa saya, pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah... Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal... Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu... Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain... Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorg wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya... (n_n)

"nur sayang ibu bapa nur" (^_^)



‎"Jika anda ingin mencuri hati saya, curilah hati ibu saya"…
"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk satu minit, anda telahpun mencuri hati saya untuk satu jam"…

"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk satu jam, anda telahpun mencuri hati saya untuk satu hari"…
"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk satu hari, anda telahpun mencuri hati saya untuk satu bulan"…

"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk satu bulan, anda telahpun mencuri hati saya untuk satu tahun"…
"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk satu tahun, anda telahpun mencuri hati saya untuk seribu tahun"…

"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk seribu tahun, anda telahpun mencuri hati saya untuk sepanjang hayat"…"Jika anda telah mencuri hati ibu saya untuk sepanjang hayat, anda telahpun mencuri hati saya hingga ke SYURGA"…

 ''Patrikanlah dua hati, Bersama rahmat mu YA ILLAHI, Ku impikan cinta penuh keredhaan…
Hanya padamu aku meminta, Sekiranya cinta fitrah dua insani untukku
Patrikanlah cebisan rahmat darimu ''… #Hakikat Cinta#

Tuesday 5 February 2013

~about nur_dira~





Sahabat, kamu nak tahu kenapa dan apa sebetulnya dalam hati nur... kenapa nur cakap nur serik bercinta...? SEBAB, nur malu dengan ALLAH SWT, nur rasa diri nur banyak sangat dosa... di sudut hati nur, hanya ALLAH yang tahu... Nur mencari keredhaan-Nya, Nur sedang mencari sinar-Nya, tapi bukan bermakna nur tak nak bercinta… nur inginkan cinta yang halal, kerana nur yakin dengan ALLAH... Nur serik bukan sebab cintakan seseorang, tapi nur serik jika nur abaikan CINTA dari ALLAH... # remind to myself ~ :') 

JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH…
Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi…
Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI…
Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya…
Jika tidak, TOLAKLAH dengan penuh kelembutan…
Cintailah ALLAH melebihi apapun.... InsyaALLAH DIA akan hantar orang yang mencintai kita kerana-Nya dan kitalah orang yang paling bahagia …Seandainya satu hari nanti nur dan dirinya dijodohkan bersama, biarlah jodoh itu datangnya dari ALLAH, dan bukanlah jodoh itu datangnya dari JIN dan SYAITAN, kerana nur ingin bersamanya hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Syurga Firdausi… 

“Mahalkanlah dirimu... Jangan Mudah Jatuh Cinta...”Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan... Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah... Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang...”


Diri ini hanya mencintai JEJAKA yang tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri ini... kerana JEJAKA ini pernah berkata ''tidak perlu bersentuhan tangan, kerana kita sudah bersentuhan hati… tidak perlu berbalas kerlingan mata kerana kita sudah pun berbalas-balas doa''... 
''oh MUSLIMAH, ALLAH cinta kepadamu,RASULLULLAH kasih padamu ..
... aku akan menghormati dirimu,mengasihi dirimu seperti MAHA PENCIPTA dan KEKASIH ALLAH menghormati KEHORMATAN DIRIMU...BERBAHAGIALAH kerana dirimu telah DILAHIRKAN dengan MULIA ''...Ramai orang bermadah :
"Aku TIDAK PERLUKAN cinta manusia, aku cuma PERLUKAN CINTA ALLAH.."
Kan LEBIH ELOK jika BERSIKAP ADIL :
"Aku perlukan cinta manusia yang mencintai ALLAH SWT sehingga aku dapat mencintainya KERANA ALLAH SWT.." (n_n)'

Wanita yang menutup aurat dengan sempurna umpama pelangi yang cantik, indah mata memandang tapi tidak boleh disentuh... ♥ AWAS!! Jangan dekat!! Jika berminat, jangan mengorat!! Dapatkan nur secara terhormat... nur ada wali, sayalah نورول نضيره‎... [✿_✿][♥~✿~♥][♥_♥]